Friday, July 27, 2012

Kau Pergi Untuk Selamanya

Terasa spt baru semalam kami berkenal dan harini aku dikejutkan dgn pemergian dia di bulan yg mulia ini. Wahai sahabat, walaupun perkenalan kita masih baru tapi kehadiran kau telah menghiburkan orang disekeliling kau. Tak dapat diungkap dgn kata2 apabila aku menerima khabar ttg pemergian kau utk selamanya. Hanya mampu menitiskan air mata dan hanya mampu menghadiahkan surah Al Fatihah kpd kau sbg ucapan tanda terima kasih utk segalanya. Aku masih ingat lagi masa mula2 kau menegur aku di facebook. Kau ramah orgnya. Bukan dgn aku sahaja tapi juga dgn rakan2 sekelas ku. Arep selalu bercerita ttg kau kpd kami dan kami yg mendengar ceritanya dpt merasa sama kegembiraan yg telah kau bawa dlm hidup kami semua. Sepanjang aku kenal arep, dia seorg yg sukar utk menyesuaikan diri dgn ssorg tapi dgn kehadiran kau dlm hidupnya mmg banyak memberi kebahagian kpd dia dan begitu juga kpd jiha,mirul,khai,asiah,lah dan siapa2 saja yg mengenali diri kau. Mula2 kenal kau bertanyakan ada mana2 subjek yg sukar utk aku mempelajari.haha.. Itu la perkenalan yg paling pelik sekali aku rasa sbb slalu org kalau knal2 slalu nk tanya ada bf ka belum. Aku masih ingat lagi masa mula2 kau nk mengajar aku subjek yg sukar bagiku, kau menunggu aku hampir sejam krn aku tertido.. aduh.. Tak dpt dibayangkan betapa rasa bersalahnya membiarkan kau menunggu aku kesorangan sedangkan kau mungkin ada kerja lain ketika itu. Tapi kau tetap tidak merungut,tidak marah krn kelewatan aku itu. Kau cuma mengukir senyuman pd ketika itu. Mcm biasa la aku ni jenis lembab skit tapi kau ttp sabar mengajar aku tanpa mengeluarkan kata2 marah atau kata2 sindiran kpd aku. Pada ketika itu difikiran aku adakah dia ni tidak mempunyai perasaan marah atau bengang dgn aku pada hari itu. Pada keesokkan hari itu kau menyuruh aku mengajak rakan2 kelas ku utk belajar bersama sama dgn dia. Sifat kau suka menolong org itu amat disenangi semua org. Kau gemar menangkap gambar org dgn kamera. Semua hasil gmbr yg kau tangkap tu bg aku sgt cantik.
  Aku masih ingat juga ketika itu exam week,kononnya tension study tapi exam tak habis lg, aku dgn kwn2 kelas aku plan nk keluar jadi kami pun memutuskan utk mengajak kau sekali sbb semua gembira dgn kehadiran kau bersama. Mula2 tu aku risau la gak sbb aku takut ganggu stdy dia tp dia ckp dia ok ja kalau diajak time tu. Keluar la kami dan seperti biasa dia pasti akan bawa kamera DSLR bersama dimana jua dia pergi. Masa lawatan fakulti ke rumah anak2 yatim pun kau turut serta dan membawa kamera bersama.

gambar2 ni semua hasil dr kamera dia =)





























                                                    














0 comments:

Post a Comment