Thursday, June 28, 2012

JANGAN MEMBENCI..



Banyak difikiran aku bnde2 yg aku paling tak suka. Setiap org pasti ada bnda dan org yg mereka benci. Mcm aku ni bnyk bnci bnda berbanding org. Mcm tak da keja ja nk benci org.. Betul tak? Tapi ada ja beberapa perkara aku tak suka dkt ssorg tp takda la nk benci sampai nk letak katak dlm beg dia ataupun taknak kwn dia. Cuma sekadar menjauhkn diri jela yg mampu pun. Haaa.. ni baru mukadimah ja. Sekarang ni nk msk ke main point lak. Kenapa aku ckp jgn membenci? Tepuk dada,tanya perut lapar ke tak(mcm takdak kena mengena ja...*tepuk dahi)?
Setelah diteliti balik apa yg terjadi kat aku mmg bnyk benda yg aku tak suka dh jd benda yg aku paling suka. Contoh :

YANG PERTAMA
Dulu aku paling2 tak suka wrna pink. Dulu dgr atau tgk ja org pakai baju atau ada brg2 wrna pink, aku mesti ckp eeeeuuuuuwww!!! Mcm budak2!! Gedik! Lemah! Mcm $%^&* (terpaksa di cencored sbb tak sesuai utk umum =p).. Itu la dulu la.. Skrg ni??? PEDEPOOOIIITTT!!!! Terasa tahi jatuh kt muka aku lak. Skrg ni bnyk gila aku memiliki brg2 yg wrna pink tmbh2 baju aku.. errr... Baju wrna pink.. Fail wrna pink.. Cover Al-Quran yg aku beli pun wrne pink.. Beg wrne pink.. Cover hp wrne pink dan mcm2 lg la.. (tepuk dahi)

YANG KEDUA
Aku cukup tak suka sayur-sayuran yg lembik2 atau berlendir..yuuuccckkkkk.. Rasa nk muntah aku tgk. Kalau boleh nk pandang pun tak mau. Sayur yg paling aku ANTI skali adalah tomato. Tomato adalah musuh utama aku dulu sbb abah aku slalu paksa aku mkn tomato. Yela.. Slalu aku mkn kt luar aku mesti order tomyam dan dlm tomyam tu mesti jmpe tomato. Tak pernah lagi aku jmpe tomyam takdak tomato. Mama ckp kalau mkn tomato boleh menghaluskan kulit. Dalam hati aku rsa diorg nk pancing aku je tu. So nk dijadikan cerita suatu hari ni aku mmg bosan dan saja nk wt hari menggila sedunia. Pada hari tu aku nekad nk wt sstu yg aku tak suka dan aku terfikir nk cuba mkn sayur. Jadi mcm biasa la aku mkn kt luar order tomyam. Dlm hati aku mmg nk pecah rekod nk mkn semua sayur yg ada dlm tomyam tu(cuma ada bawang dgn tomato ja pun =.=).. Bila mkn tu aku buat muka sbb aku terasa lembik2 dlm mulut. Rasa nk luah balik pun ada tp time tu aku ckp pd diri aku takpa2.. Tak mati pun kalau mkn. So aku try la kunyah pelan2. Lama2 kunyah tu terasa sedap la pulak. Start dr hari tu sayur kegemaran aku tomato dan tak lupa juga kpd sayur bendi,terung dan sayur2 yg sama wktu dgnnya.

YANG KETIGA
Dulu aku paling tak suka pmpn2 yg hingaq dan riuh utk dijadikan kwn. Bagi aku pmpn2 cmni aku cop sbg gedik(maaf jgn terasa. Baca bg habis dulu). Aku lebih suka suasana yg senyap dan aku sndri pun dulu takdak la bnyk ckp sgt. Ckp bila perlu ja. TAPI......... Sekarang lain pula jadinya. Aku lak start jd hingaq dan bnyk ckp(tepuk dahi). Apa yg aku dapati adalah bila kita ceria segala kekusutan dlm kpla otak semua hilang seketika dan bnda ni terbukti bila aku tgh stress. Aku try bnyk ckp last2 skali aku terasa ringan ja kpla otak aku ni. Tapi apa yg kita buat tu jgn la smpai menyinggung hati org lak. Hingaq2 gak tapi jgn la buat org naik melugai dgn kita. Ada wktu dan ketika kita perlu ceria dan ada wktu ketika kita perlu senyap. Kdg2 kalau kita bnyk ckp lagi menunjukkan kelemahan diri kita balik. Diibarat meludah ke langit, terkena kt muka kita balik.

Cukup la kot 3 bnda utama yg aku tak pernah suka tba2 jadi suka. Kalau nk diikotkan smpai esk pun tak habis nk cita psl ni. Bak kata satu tajuk lagu ni jangan benci bilang cinta(apa kena mengena?). Ok aku dh star merepek. Apa2 pun apa yg kita buat mestilah fikir apa kesan yg kita akn dpt pd masa hadapan ok?daa~

Saturday, June 16, 2012

Sudah Jatuh Bertimpa Timpa

 




Tajuk yg tak ley blah tp itu la yg aku rsa.. Pada 16hb iaitu semalam la berlakunya seperti yg telah dirancang lama dah,aku sepatutnya ke KL kononnya teringin sgt nk rsa cna la perasaan nk naik KTM utk pertama kali (gila jakun aku ni).. Excited pnya psl aku bgn kol 5 pagi okay(padahal tiket kol 7.10).. Ceritanya aku dh siap sejam awal so aku kemas2 la skit bilik sebelum keluar supaya aku tak serabut kepala bila aku balik tgk bilik bersepah (bajet pembersih la ni).. So jam pun dah kol 6.30 aku nk keluar dh aku tgk bdk2 rumah aku ni park kereta diorg belakang kereta aku.. Dalam erti kata mudah diorg ni blocking jln aku dan melambatkan perjalanan aku! Aku gerak la diorg suruh alih kereta tp diorg ni tak bgn la plak..liat btol.. Last2 skali aku amek kunci kereta diorg so aku alih dua2 kereta.. Tapi satu kereta kwn aku ni pakai manual dan jenis kereta besaq mya.. So aku tak berani la nk alih takot terlanggar apa2 mmg naya.. So aku amek inisiatif gerak tuan mya kereta tp punya la liat nk bgn. Last2 skali aku main hon2.. Maybe dia terkejut dan tros bgn kot(mesti dia bengang kn?). Tak pa la.. TAPI aku dh lmbt! kena amek kwn lg! So aku p la amek dan aku speed g batu gajah.. Tak payah tanya la berapa aku speed smpai kwn aku sblh tros pakai sit belt tanpa bnyk kata.haha..dh la ekzos kereta baru tukar dan saiz dia berbeza dr saiz lama so mcm bunyi kereta racing la(padahal kereta myvi ja =p). Sampai ja kt ktm dengan perasaan berdebarnya aku turun kereta, dan melihat tren tu bru berjalan. Maknanya aku kena tgl la ni?! Mata dok berayaq dh ni tp try cover2 sbb akak kaunter tu dok tgk. So aku call la org yg aku anggap istimewa dlm hidup aku ni(bkn OKU tau) nk report aku kna tgl. Mmg sepatutnya aku jumpa dia haritu tp dh knal tgl mya psl so tak jadi jmpa. Dh la dia cancel keja dia sbb nk jmpa aku so aku rsa bersalah gila.. Rasa mcm nk g kejaq tren tu tp ni bkn cerita kartun so mmg mustahil la kn?haih.. Aku balik ke rumah dgn perasaan yg sgt2 hampa dan terasa mcm nk mengamuk satu rumah. Sampai ja rumah aku tak mengamuk pun tp aku baring peluk bantal sambil menanges.huhu THE END

Cerita tak tamat mcm tu ja okay. Dua jam aku tetidoq aku dpt panggilan dr si dia. Rupa2nya dia dh terpacak ardpn rumah aku.. MCM MIMPI tapi itu kenyataan. Dia drive dr KL dtg Perak.. Sian dia. Dh bnyk sgt berkorban dkt aku. So aku decide  ajak dia balik KL sama2 dgn aku. Mula2 plan dia nk hangout kt perak ja tp aku tak nak dia balik KL sorg2 so aku ajak dia lepak kt KL. At least dia tak balik sorg2 la. Tapi aku tak fikir lak nanti nk balik dr KL naik ktm sorg2.haha. Aku tak kisah pun sbb dia dh travel sorg2 dtg perak so aku kna la berkorban skit. Along the way tu dia ni asyik nk terlanggar org ja. So aku decide tak tido nk teman dia. Kami sampai KL around 1.30 ptg cmtu la jd kami g KL sentral dulu beli tiket balik aku. Aku pnya tiket kol 9 mlm.. Gulppp..tertelan air liur sebentar bila memikirkan balik mlm sorg2..haha.. Ok lupakan bnda tu jd aku enjoy la smpai mlm. Tgk cte snow white and the huntsman pastu jln2 mkn mcd then g taman dkt dgn tugu negara tu. Mse lepak lepak kt tmn tu dia ada cerita psl seorg kwn yg aku anggap bestfriend telah tikam aku dr belakang. Sepanjang msa tu aku diam ja taknak ckp dgn dia. Dia pujuk aku tnya aku nk air tak,nk aiskrim tak dan mcm2 lg dia pelawa so aku ckp aku taknak tp last2 aku kecundang bila aku ternmpk dadih. Aku tarik baju dia aku ckp aku nk dadih. yeay! dpt mkn dadih so aku kembali berckp dgn dia =p

Aku buat 1 permintaan kt dia. Aku mintak dia tunjuk jln ke rumah dia. Motif aku mintak cmtu supaya bila apa2 jadi kt dia sng nk cari rumah dia. Along the way tu aku cuba ingat jln tp aku tau aku jenis pelupa, aku catit semua jln2 tu dkt hp. Dia tnya la aku msj sapa,aku ckp la aku msj kwn padahal aku catit nama jln takmau dia perasan aku cuba ingat nama jln (tak senonoh mya perangai). Sudah tiba masa aku balik ke Perak. Perasaan tu cuak la gak kna travel sorg2. Aku ingat nk beli something kt dia tp dia lak beli sstu kt aku. Masa tga tgu tren tu aku nmpk teddy bear besar punya.. Dlm hati tu terasa alangkah indahnya kalau dia beli kt aku. Dia mmg nk beli tp aku lak ckp taknak. Kenapa aku taknak?? Mestila aku taknak sbb dia dh travel dr KL ke Perak ingat guna daun ka?dh blnja aku mkn, tgk wayang, beli coklat suma bagai mmg aku segan la. Dah la tiket balik aku pun dia bayaq! So aku  belanja dia minum kt coffee bean

OK skrg dh smpai part yg paling aku cuak. Org tu dh announce yg tren aku dh smpai.. Terasa mcm kt KLIA pun ada..haha. Mmg along the way tu aku tak tido. Takot terlepas destinasi yg dituju. Dlm perjalanan tu aku bengang gak sbb bau org kentut. Dh la kentut senyap2 mcm silent killer lak..kalau sekali takpala tp ni 5 kali (mmg gila p kira kentut org. agaknya mmg org tu tga tahan berak kot). Bila dh smpai ke destinasi aku pun bgn la dr tmpt duduk dan tgu dpn pintu automatik tu utk bukak. Aku tgk aku sorg ja yg bgn, bila 5minit tren tu berenti pintu tu masih x bukak.. Last2 tren tu jln.. SUDAH!!! aku rasa mcm nk lompat keluar tp aku tak da la nk wt keja sebodoh tu. Silap2 ley msk surat khabar harini =p
Aku cuba tenangkan diri. Last destinasi ke ipoh..aiyoo..aku turun dgn perasaan jakunnya.. mana tak nya tmpt tu aku tak familiar. Aku pun turun la dr tren dan try ushar keadaan sekeliling. Mmg trnyata aku kt ipoh. Aku call la kwn aku yg tga tgu kt batu gajah tu soh dia balik pastu aku call dia lak then aku cita la apa jd. Dlm dok cita tu aku dok tgk org makin takda, aku tgk kanan aku cuma ada pakcik teksi,kiri aku ada hotel bajet.. WAIT!! HOTEL BAJET??!!! shit.. Mmg dh takot sgt time tu so aku gamble la naik cab. Dlm fikiran aku mmg dh ready dh kalau jd apa2 kt aku mmg aku dh siap nk belasah pakcik tu tp yg si dia ni dok risau kt aku sgt dok call bnyk kali. dah la bateri low sgt time tu. Dok mintak aku ckp kt pakcik tu stop kt mana2 sbb dia ckp tambang mahal sgt.. rm70 aku kna cekik tp aku tak kisah sgt yg penting aku smpai rumah. Aku tak reply suma msj2 yg msk sbb aku fikir time tu kalau pakcik tu cuba wt apa2 kt aku dlm keadaan aku tga pgg henset ditambah lak aku ak ready apa2 mmg aku jd lauk la mlm tu. Dh la kalau aku terkejut mmg badan ni takkan bergerak. Alhamdu Lillah pakcik tu baik orgnya. Dok sembang2 dgn aku dlm teksi dia psl keja dia la padahal dia dh cekik rm70..huh! So aku soh kwn aku tgu kt petronas. Jd pakcik tu pun berhenti kt petronas sbb aku taknak dia hntr dpn rumah..haha. itu la sepanjang 16hb 6 tahun 2012.. Ada sedih,ada gembira,ada lawak,ada seronok,ada takot dan mcm2 lg.. dh la kna tgl ktm awal pagi,masa balik tren lak tak buka pintu masa dia berenti kt batu gajah..haih.. mcm2 jd =.=
Kesimpulannya b4 travel plan betul2 okay..

Thursday, June 14, 2012

caca merba

Ok..mahu post apa ya? ow ya..em..terasa mcm err...nk rse apa ea?lalala..(10 minutes later)
Aku just tulis apa yg aku rse dh la..tahun ni(2012) aku rse akn jd satu tahun yg sgt bermakna la kot..bru awal tahun dh mcm2 dugaan dh dtg..sedar x sedar skrg dh bulan 6.. Cpt btol mse berlalu seperti daun yg ditiup angin. Kenapa aku pilih perkataan spt daun ditiup angin? em.. Maybe sbb xde spe pnah kisah sgt kot bila daun tu kena tiup angin..haha. Sekarang ni baru minggu pertama aku menghadiri kelas utk semester 5. To be honest,awal2 ni la terasa mcm tekanan jiwa gila. Sem ni bnyk btol nk kna merantau sana sini utk site visit.. Ini lah lumrah hidup sbg bakal surveyor. Apa2 pun letak tepi sat benda2 tension ni. Jom kita cerita pasal benda selain pada study.. Tapi nk cerita apa?hm..

LOADING.......................................................................

LOADING........................................................

LOADING........................................

LOADING.........................

LOADING...............

Awal sem ni tak da apa yang nak dicerita sgt. Cuma sekarang ada intake PSSCM uitm Perak. haha. Mcm kelakar je bila difikirkan aku ni bersilat. Dulu aku cukup tak suka dgn benda2 ni sbb dah bnyk dok dgr org ckp kalau join silat,ada hantu ada dampingi kita. Tp dgn izin tuhan aku telah menyertai satu persatuan yg menolak segala fikiran negatif aku tentang silat dan kini aku makin aktif dgn persatuan ni. Bukan setakat aku belajar berdikari, malah dpt membuang perangai aku yg dulunya tak suka bercakap dgn org sgt.haha.. So siapa yg kenal aku dlm persatuan mesti akan gelak bila aku ckp aku ni pendiam dan suka mengasingkan diri. Tp xpala.. gelak la..
Aku start join msa aku semester 1 lagi jd time tu intake uitm24. Dari kelas itu la mcm2 kenangan yg aku dpt sepanjang bersama dgn rakan2. Kenangan yg aku x boleh dpt dimana mana bila aku keluar U nanti. Biasa la, zmn muda mudi baru terasa nk up skit. tak da yg up sgt pun sbb aku pun kdg2 pemalas orgnya tmbh2 kalau nk keluar rumah pergi berjimba dgn rakan2 kelas. Hidup aku sepanjang semester ni aku bnyk luangkan masa dgn persatuan. Kalau x mmg aku perapkn diri dlm bilik la alamatnya. cukup la tu.. Mcm dah xda idea nk tulis apa.. daaa~