Tuesday, January 17, 2012

i love you

Sangat perit rasanya jika kita cinta ssorg tapi kita x mampu milikinya. Apa yg mampu kita buat cuma berdoa kpd tuhan supaya kita miliki org trsebut. Suatu kisah dimana hati aku telah terpaut kpd ssorg jejaka yg boleh dikatakan diminati oleh ramai wanita disekelilingnya. Menunggu dan mencintai org sebegini mmg lg berat dugaannya kerana hati kita akn di duga oleh wanita yg meminatinya juga. Tapi apa akan jadi kalau wanita yg meminati lelaki tersebut juga diminati ramai?Sewajarnya wanita trsebut pergi kpd org yg lg meminatinya tapi apa akan jadi kalau wanita itu terus mengejar lelaki yg diminati ramai itu? Satu kisah yg ingin dikongsi apabila kesabaran di uji utk memiliki cinta yg diimpikan selama ini. Ia diibarat seperti mengejar ssorg yg sedang berlari. Sangat memenatkan utk mengejar dan tmbh la pula aku ni tak ske berlari.aha.. Saat aku terasa nk berputus asa,terdapat satu suara yg membuatkan aku terus bertahan dan terus bertahan smpai la skrg(tapi tak tahu smpai bila =p). Hari demi hari,waktu demi waktu aku menunggu dan terus menunggu dgn penuh kesabaran ditambah pula org sekeliling aku menasihati supaya aku melupakan lelaki trsebut. Cakap mudah tapi nk buatnya susah..aiyoo..tak apa la..aku ketepikan ego aku utk terus menunggu org ini. Selama ini aku tak pernah pun bercinta dgn org yg aku suka jadi bila dh jmpa mmg aku kejar mati matian biarpun harapan tu tipis je. Walaupun tipis tak bermakna tak da peluang lngsg kn? Jadi aku terus berpegang kpd harapan yg tipis tu dan terus mengintai peluang yg amat kecil tu. Sahabatku la yg selalu menyokong aku dr belakang. Bnyk nsht yg diberi dan salah satu nasihat yg aku paling suka adalah bila dia ckp berdoa juga adalah satu usaha.. Jadi aku pun terus berusaha smpai la aku mampu mencapai walaupun sekejap je. Yela..tak ada yg kekal dan semua yg ada di muka bumi ini bersifat sementara tapi aku sgt bersyukur usaha dan kesabaran aku membuahkan hasil. =) 


10 JANUARI 2012

Friday, January 6, 2012

Save The Best For Last =)

Itu lah kata2 terakhir yg aku ucapkan utk pertemuan akhir kali [ aku harap sgt itu bukanlah yg terakhir ;(  ]. Aku boleh dikatakan seorang perempuan yg cerewet dan amat pentingkan ' 1st impression' utk mencari pasangan hidup. Tapi dgn kuasa Allah s.w.t, aku telah di uji dgn satu ujian yg pada suatu ketika dahulu aku mengelak dgn org2 sebegini. Aku telah dipertemukan dgn ssorg yg yg boleh dikatakan agak kurang menjadi pilihan perempuan yg cerewet spt aku. Akan tetapi ketika pertama kali aku melihatnya,hati aku terus terpaut kpd insan tersebut. Pada ketika itu aku mmg tidak mengetahui siapa namanya. Tapi hatiku memberontak agar tidak mencari dan mengenali lelaki tersebut krn dr segi penampilannya aku tahu dia bukan lelaki yg aku inginkan. Jadi aku pun tidak la kisah sgt selepas melihatnya utk pertama kali. Pada suatu hari yg tenang ketika aku sedang meluangkan masa bersama kwn kelas aku, aku mendapat satu msj dari nombor telefon yg tidak dikenali [msj berunsur atas urusan penting]. Jadi seperti biasa aku bertanyakan siapakah gerangan org yg menghantar msj tersebut dan dia memberitahu namanya. Ketika itu hati aku kuat mengatakan dia adalah lelaki yg aku lihat dahulu. Utk menyedapkan hati aku, aku mengendahkan msj tersebut.Pada hari aku menghadiri suatu majlis, aku telah dipertemukan oleh lelaki tersebut dan pada ketika itu aku hanya berjalan seperti biasa dan berpura pura tidak melihatnya akan tetapi hati aku tidak dapat mengelak soalan yg di tnya olehnya ttg nama aku. Utk kelihatan seperti org bukan kurang ajar, aku pun bertanyakan namanya juga. Ternyata benar dialah lelaki yg menghantar msj tersebut suatu ketika dahulu dan saat itu aku sedar bahawa kami akan berjumpa lagi dlm urusan kerja kerana kami terlibat di dalam satu persatuan yg membuat kami bertemu lagi. Dalam tempoh tersebut kami berkenalan dan spt yg aku jangkakan dia adalah lelaki yg patut aku jauhi akan tetapi aku mula menyelami hatinya sehingga aku tidak sedar bahawa aku telah jatuh hati padanya. Tidak keruan hati aku tiba2 satu hari aku tidak menerima msj si dia jadi aku memberanikan diri utk bertanya khabarnya. Hari demi hari kami kami berkongsi segala perihal dan mslh yg kami hadapi. Aku mula menyelami hati org yg aku ingin jauhi pada suatu ketika dahulu dan memahami situasi kisah lampaunya. Dia ssorg yg berfikiran terbuka,tabah,nakal dan juga jenis workholic.Banyak aku belajar darinya ttg erti kehidupan sebenar. Tanpa aku sedar aku tidak mampu utk kehilangan perasaan syg aku yg makin hari semakin dalam terhadapnya. Pada saat aku menyedarinya, terlalu bnyk dugaan yg aku terpaksa tempuhi utk menyayangi si dia sehingga suatu ketika pernah terdetik difikiran aku utk mencari yg lain. Aku mula belajar menyayangi org yg menyukai aku pada ketika aku mengadapi ujian oleh Allah. Ternyata usaha yg aku lakukan sgt menghampakan. Aku tidak dpt menerima kenyataan dan belajar menerima lagi seorg yg menyayangi aku akan tetapi hati aku tidak dpt menafikan perasaan syg kpd lelaki yg aku ingin jauhi. Jadi aku memilih utk dilukai dgn sntiasa menghubungi lelaki yg aku syg.
  Saat mlm terakhir kami akn berjumpa,kami masing2 meluahkan perasaan yg kami pendam selama ini. Aku seorg wanita yg lemah dan rapuh hatinya. Ketika aku meluahkan segalanya,tanpa ku sedari air mata aku mengalir tetapi ketika itu aku gagahkan diri utk menghabiskan kata2 aku supaya dia tahu apa yg aku lalui selama ini. Saat kaki aku melangkah pergi,dia memanggil aku utk melihat aku utk kali terakhir katanya. Di dalam kepekatan mlm yg mengaburi mata aku utk melihat wajahnya dg lebih jelas, aku melihat matanya spt cuba menahan air mata. Kata2 akhir yg aku ucapkan kepadanya adalah 'save the best for last,i miss u' dan aku berlalu pergi jauh darinya. Hanya tuhan sahaja yg tahu betapa peritnya hati aku ketika aku terpaksa melepaskan org yg aku syg ;)
         PERASAAN SYG ITU ADALAH SATU ANUGERAH. HARGAI LAH SELAGI IA MASIH ADA KERANA SEMUA INI HANYA 'PINJAMAN' DAN PADA BILA2 MASA AKAN DITARIK SEMULA