Saturday, December 31, 2011

My 1st Entry

Waa.. Ni 1st post aku dan agak terfikir gak nk post apa ya..aha. Sgt bnyk kenangan yg mahu dikongsi ada suka dan duka. Ada yg mahu dilupakan dan ada yg mahu aku ingat sampai bila2. Aku rindu zmn sekolah walaupun xde pape pun yg best mse zmn skola aku. Ramai org2 ckp aku ni jenis innocent pnye org (innocent la sgt) pada hakikatnya ramai tak tahu aku mcm mana kecuali yg benar2 knal aku.Jadi terima kasih ya kpd sesapa yg masih lagi bertahan dgn aku. Aku sgt hargai. Sebut pasal sahabat baik, dulu masa aku dah nk tamat sekolah, cikgu english aku pnah bertanya kpd anak2 murid kelasnya siapa diantara kami yg mempunyai sahabat baik. Hampir kesemua rakan2 sekelas aku mengangkat tgn mereka termasuklah aku. Jadi bermula la kisah yg ingin dikongsi oleh cikgu english aku ttg pengalamannya semasa dibangku sekolah. Katanya sejauh mana dan sekuat mana persahabatan kami pasti ada dugaannya. Pada pandangan aku sendiri sebenarnya masa itulah kita boleh kenal perangai sebenar org yg kita anggap sahabat. Aku sendiri mempunyai sahabat dan bnyk aku telah kecewakan hati mereka dan mcm biasa la selepas kecewa pasti akn ditinggalkan. Jika aku diberikan peluang aku mahu perbaiki balik persahabatan aku yg lampau tapi apakan daya masa tidak menunggu kita dan tak mungkin kita boleh berpatah balik. Jika kita sendiri faham apa makna sahabat, kita akn dpt rasa kemanisan dlm persahabatan tersebut. Bagi aku sahabat adalah 1 hadiah pemberian Allah kpd aku supaya aku tidak kesunyian sbb dgn sahabatla kita bnyk berkongsi kenangan suka dan duka. Tapi bukan semua benda boleh dikongsi tau.hehe
                 SETIAP BENDA YG KITA MILIKI TAK AKAN KEKAL SELAMANYA TAPI        SELAGI KITA MEMILIKINYA,HARGAI LAH DAN JAGA BAIK2 SEMENTARA MASIH ADA =)