Sunday, July 29, 2012

Kisah Cinta Pohon Epal



Harini aku ingin berkongsi satu kisah pendek di internet. Aku x pasti cerita ni ada dlm buku ke tak tapi apa yg aku nk share adalah pengajaran dlm cerita ni.. =)

Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.

Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.

Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal  itu setiap hari, seperti kebiasaannya.

Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.

“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” .

Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal  itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.

“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali  setelah bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu”jawab anak lelaki itu.

Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua”  jawab anak lelaki itu.

“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.

“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda  ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..

Mari lah sama2 kita renung2 kn apa yg telah kita beri kpd ibu bapa kita selama kita hidup dan apakah usaha kita utk mengambil berat psl mereka ketika kita berjauhan. =)

Friday, July 27, 2012

Kau Pergi Untuk Selamanya

Terasa spt baru semalam kami berkenal dan harini aku dikejutkan dgn pemergian dia di bulan yg mulia ini. Wahai sahabat, walaupun perkenalan kita masih baru tapi kehadiran kau telah menghiburkan orang disekeliling kau. Tak dapat diungkap dgn kata2 apabila aku menerima khabar ttg pemergian kau utk selamanya. Hanya mampu menitiskan air mata dan hanya mampu menghadiahkan surah Al Fatihah kpd kau sbg ucapan tanda terima kasih utk segalanya. Aku masih ingat lagi masa mula2 kau menegur aku di facebook. Kau ramah orgnya. Bukan dgn aku sahaja tapi juga dgn rakan2 sekelas ku. Arep selalu bercerita ttg kau kpd kami dan kami yg mendengar ceritanya dpt merasa sama kegembiraan yg telah kau bawa dlm hidup kami semua. Sepanjang aku kenal arep, dia seorg yg sukar utk menyesuaikan diri dgn ssorg tapi dgn kehadiran kau dlm hidupnya mmg banyak memberi kebahagian kpd dia dan begitu juga kpd jiha,mirul,khai,asiah,lah dan siapa2 saja yg mengenali diri kau. Mula2 kenal kau bertanyakan ada mana2 subjek yg sukar utk aku mempelajari.haha.. Itu la perkenalan yg paling pelik sekali aku rasa sbb slalu org kalau knal2 slalu nk tanya ada bf ka belum. Aku masih ingat lagi masa mula2 kau nk mengajar aku subjek yg sukar bagiku, kau menunggu aku hampir sejam krn aku tertido.. aduh.. Tak dpt dibayangkan betapa rasa bersalahnya membiarkan kau menunggu aku kesorangan sedangkan kau mungkin ada kerja lain ketika itu. Tapi kau tetap tidak merungut,tidak marah krn kelewatan aku itu. Kau cuma mengukir senyuman pd ketika itu. Mcm biasa la aku ni jenis lembab skit tapi kau ttp sabar mengajar aku tanpa mengeluarkan kata2 marah atau kata2 sindiran kpd aku. Pada ketika itu difikiran aku adakah dia ni tidak mempunyai perasaan marah atau bengang dgn aku pada hari itu. Pada keesokkan hari itu kau menyuruh aku mengajak rakan2 kelas ku utk belajar bersama sama dgn dia. Sifat kau suka menolong org itu amat disenangi semua org. Kau gemar menangkap gambar org dgn kamera. Semua hasil gmbr yg kau tangkap tu bg aku sgt cantik.
  Aku masih ingat juga ketika itu exam week,kononnya tension study tapi exam tak habis lg, aku dgn kwn2 kelas aku plan nk keluar jadi kami pun memutuskan utk mengajak kau sekali sbb semua gembira dgn kehadiran kau bersama. Mula2 tu aku risau la gak sbb aku takut ganggu stdy dia tp dia ckp dia ok ja kalau diajak time tu. Keluar la kami dan seperti biasa dia pasti akan bawa kamera DSLR bersama dimana jua dia pergi. Masa lawatan fakulti ke rumah anak2 yatim pun kau turut serta dan membawa kamera bersama.

gambar2 ni semua hasil dr kamera dia =)





























                                                    














Sunday, July 15, 2012

Aku?Persatuan?Kawan?Semester akhir =(


Aku rse mna2 aku pegi aku tak kn dpt pengalaman mcm ni kecuali dlm persatuan. Walaupun aku tak contribute apa2 dlm persatuan sgt tp aku dpt mcm2 pengalaman sepanjang aku dlm persatuan. Perjalanan aku sbg ahli yg baru tamat baru sahaja bermula. Banyak yg perlu aku belajar dan diajar. Sebenarnya seronok berpersatuan kalau kita btol2 menghayati setiap majlis yg kita sertai dlm persatuan.Aku mula menyertai PSSCM semasa aku di semester 1 diploma. Pada ketika itu mmg aku sedang mencari seni bela diri sepanjang aku berjauhan dgn keluarga. Sepanjang pencarian tu aku tak tahu pun kewujudan silat cekak dan aku pun tak tahu apa itu silat cekak. Semasa aku dlm perjalanan pulang dari kuliah aku ada nmpk poster silat gayong. Mmg aku fikir kt universiti aku ni cuma ada silat gayong ja jadi aku ambil la no fon yg diorg letak kt poster tu tp tak sempat call la sbb bz dgn kuliah smpai mlm. Nk dijadikan cerita mlm lps aku balik dari kelas tu punya la penat,aku baring2 la atas katil. Mmg dh nk terlelap pun mata ni tapi tiba2 aku dgr ada org keuk pintu bilik. Rakan bilik aku yg bukak so aku biar jela. Aku terdengar la diorg promote silat cekak. Awalnya aku malas nk dgr la tp roomate aku ni tiba2 gerak aku ajak join silat. Aku pun mcm berbelah bahagi la nk msk ke tak nk sbb ptg tu aku dh decide nk no org yg aku amek ptg td tp roomate aku ni pnye la smgt suruh msk jadi aku suruh la akak ni cerita apa keistimewaan silat cekak. Akak tu pun cerita la dgn smgtnya. Aku tgk akak tu berpewatakkan lembut ja sbb suara dia pun lembut. Tingkah lakunya pun kita boleh tahu type org cmni cna. Sbnrnya takda kaitan pun. Saja ja nk cita psl akak tu sbb aku tertarik dgn cara dia bercakap.haha. Bila dh dgr penjelasan tu,aku pun daftar la dgn roomate aku tp bila time nk kena hantar borang pendaftaran,roomate aku lak taknak msk.. Ceh.. Maknanya aku kna g kelas silat sorg2 la ni? Layan kn aje la. Sedar tak sedar aku dh berada di semester 5 dan aku masih aktif gak la dlm persatuan. Mcm2 org aku knal. Mcm2 karenah ada so keseronokkan tu dtg bila dlm persatuan ni diorg terapkan nilai kekeluargaan. Jadi mereka2 ni semua la rakan2 seperjuangan ku dlm persatuan =)

                            Masa ni tgh standby nk wt demo. Hensem tak mereka ini?haha. Yg dpn 
                                   skali tu dh berpunya. Yg belakang masih kosong =p

                                Ini skuad demo wanita..hehe.. Sempat lagi bergambar..

                                                          Semua dah tak sabar =)

                                                                    Ni no komen..
 
Acara dh bermula





                                                      Ni bo aka Amirul syafiq =p









                         Selepas habis sesuatu majlis kami semua akan bersalaman =)